fbpx

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Kelas Mengaji

Kelas mengaji yang diadakan di rumah pelajar atau tempat yang bersesuaian mengikut ketetapan pelanggan Beana pada hari dan waktu yang dipersetujui. Sesi pembelajaran adalah secara santai dan mengikut tahap pemahaman dan pembelajaran pelajar.Masa dan jadual mengaji ditentukan oleh pelanggan berdasarkan pilihan slot yang telah dibuat oleh pelanggan semasa melanggan pakej mengaji.
Faktor ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak sempat mengajarkan Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak dan khuatir dengan keselamatan anak-anak semasa proses pembelajaran di tempat luar membuatkan ibu bapa lebih memilih untuk belajar di rumah berbanding diluar.
Faktor yang kedua adalah perasaan malu untuk mengaji secara berkumpulan membuatkan orang dewasa atau remaja meninggalkan Al-Quran. Oleh sebab itu, Beana menawarkan kelas mengaji secara individu atau kumpulan kecil kepada mana-manaindividu yang ingin mengaji secara mudah tepat dan pantas.
Beana HomeQuran tidak menetapkan had umur sebaliknya terbuka untuk semua lapisan umur dari kanak-kanak seawal usia 3 tahun (bergantung kepada kebolehan untuk berbicara) sehingga warga emas

Apakah jenis kelas yang Beana tawarkan?

Beana menawarkan kelas seperti berikut:
-Kelas mengaji kanak-kanak, remaja & dewasa
-Kelas Fardhu Ain
-Kelas Tasmi’
-Kelas Tahsin Ibadah
-Kelas Bahasa Arab
-Kem cuti sekolah
Teknik FITRAH merupakan teknik yang diamalkan bagi membantu proses pengajaran di Beana dan merangkumi perkara berikut:
F — Fun & Faith
I — Interaction & Independent
T — Ta’lim & Tasyji’
R — Rules & Resect
A — Affection & Attention
H — Hope & Help
Konsep pembelajaran bergantung kepada peringkat umur menggunakan teknik FITRAH berdasarkan konsep berikut:
● Mengaji sambil bermain (fun learning)
● Menekankan pembelajaran Fardu Ain secara teori dan praktikal
● Menghafal surah lazim juzuk 30
● Pelajar yang sudah berada dipertengahan pemahaman Al-Quran akan ditekankan dengan Tajweed dalam bacaan.

Modul yang ditawarkan adalah Asas membaca Al-Quran, Asas Fardu Ain atau Asas Hafazan.
Beana bukan sahaja menfokuskan kelas mengaji kepada kanak-kanak dan remaja sahaja tapi turut menawarkan kelas mengaji bagi dewasa. Kami tidak memuat naik kelas mengaji dewasa bagi menjaga privasi pelanggan dewasa Beana.
Pelanggan perlu mengaji sekurang-kurangnya 4 jam dalam tempoh sebulan dengan kelas 1 kali seminggu. Cara pengiraan:

4 kelas x 1 jam setiap minggu = 4 jam (minimum)
Pihak pelanggan perlu sekurang-kurangya mengaji bersama Qutor Beana minimum dalam tempoh 5 bulan.
Buat masa sekarang, Beana tidak menawarkan kelas percubaan. Setiap pelajar akan dikehendaki untuk menjalani Ujian Pengesahan (Online Assesstment Test) bagi menguji tahap pemahaman sebelum kelas bermula.
Ya boleh. Kelas mengaji adalah tertakluk kepada Time-Slot yang telah dimuatnaik oleh Qutor Beana. Pelanggan boleh memilih mana-mana Qutor berdekatan kawasan anda yang menawarkan kelas pada hujung malam atau hujung minggu bersesuaian dengan jadual anda.
Slot terakhir bagi Kelas Malam yang dikendalikan oleh Ustaz akan berakhir pada 10 malam. Bagi tujuan keselamatan, slot terakhir oleh Ustazah adalah pada 9 malam sahaja.
Berdasarkan pengalaman Qutor Beana, tempoh purata yang diambil oleh pelajar untuk membaca Al-Quran dengan baik adalah selama 7- 8 bulan bergantung kepada kemampuan pelajar untuk menguasai.

Tempoh yang lebih pendek diambil oleh pelajar yang mempunyai kelebihan untuk menguasai (fast learner).
Buat sementara ini, kelas mengaji Beana boleh didapati di seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja.

Perkhidmatan bagi kawasan di luar Lembah Klang akan ditawarkan pada masa akan datang.
Anda boleh mendapatkan servis Beana di 19 cawangan Bank Muamalat seperti di bawah:

Yuran & Pembayaran

Kelas boleh diadakan secara persendirian atau kumpulan kecil. Minimum pelajar ialah 1 pelajar kepada 1 guru. Kelas mengaji juga boleh terdiri daripada kumpulan kecil, minimum5 pelajar dan maksimum 10 pelajar untuk 1 orang guru.

Kadar bayaran adalah berpatutan dan mengikut pengiraan berikut:

Jumlah & umur pelajar x Jumlah slot (jam)

[ Klik Untuk Maklumat Lanjut ]
Minimum 3 bulan
Langganan selama 3 bulan bagi pelajar yang mempunyai kesukaran untuk mengikuti pembelajaran (slow leaner) dengan fokus untuk mengenal huruf hijaiyyah.

Bagi pelajar yang mempunyai pemahaman pertengahan fokus adalah untuk mengenal dan membaca huruf bersambung

Minimum 6 bulan
Pelajar dalam kategori slow leaner dijangka dapat menguasai sehingga bab Tajweed di dalam modul pembelajaran Beana. Bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah pembelajaran, dijangka dapat menghabiskan keseluruhan modul dalam tempoh 6 bulan.
Tiada bayaran tambahan dikenakan sekiranya lebih masa adalah tidak lebih dari 15 minit dan ke bawah, tertakluk kepada budi bicara Qutor Beana.

Kadar bayaran tambahan bagi kelas lebih masa melebihi 30 minit akan dikenakan bayaran. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Beana bagi maklumat lanjut.
Pembayaran secara langganan melalui kad kredit hendaklah dibuat bermula 1 sehingga selewat-lewatnya 5hb pada setiap bulan, iaitu sebelum kelas bermula.

Pembayaran perlu dibuat kepada akaun syarikat Beana. Tiada pembayaran terus kepada Qutor dilakukan.
Tiada pembayaran balik (refund) sekiranya pelanggan berhenti kurang dari 5 bulan.

Qutor Al-Quran

Jika pihak pelanggan menghadapi sebarang permasalahan dengan Qutor sedia ada, anda boleh menghubungi pihak pengurusan Beana atau khidmat pelanggan bagi tujuan penukaran Qutor baru.
Qutor Beana adalah disahkan oleh Beana dan telah disaring melalui 3 peringkat temuduga sebelum dipilih iaitu temuduga secara terus, temuduga bertulis dan melepasi sesi latihan dan taklimat oleh pihak Beana disamping wajib memiliki tawliah dari mana-mana jabatan agama Islam negeri.

Qutor Beana juga dkehendaki untuk mengikuti kelas bulanan yang dianjurkan oleh pihak Beana bagi menguji dan meningkatkan tahap prestasi Qutor secara berterusan. SOP yang khusus diberikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesi pembelajaran kepada pelajar
Individu yang terpilih untuk menjadi Qutor Beana akan terlebih dahulu di temuduga dari segi lisan dan ujian bertulis di mana soalannya meliputi bacaan Al-Quran, tajwid, makhraj, fiqh dan aqidah. Qutor Beana memiliki kelayakan dari peringkat Master sehingga peringkat yang paling minima iaitu Diploma dalam Pengajian Islam atau apa sahaja sijil yang diikitiraf oleh Malaysia atau antarabangsa.
Qutor Beana kebanyakannya adalah Qutor separuh masa di mana ada di antara mereka merupakan guru sekolah, pelajar universiti dan bekerja dibidang masing-masing
Dari sudut mengajar Al-Quran kepada pelajar, Beana Homequran menyediakan latihan pengajaran sebelum proses pengajaran bermula. Latihan ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada tenaga pengajar BeanaHomequran tentang teknik pengajaran paling berkesan untuk pelajar kanak-kanak, remaja atau dewasa. Latihan mengajar Al-Quran yang dianjurkan oleh Beana juga memberi pendedahan kepada Qutor untuk mendalami ilmu asas Tajwid di dalam Al-Quran dan juga memahami ilmu asas Fardhu Ain.
Ada, tetapi Qutor Beana yang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris terhad dan hanya ada di beberapa kawasan yang tertentu sahaja.