Zufazli Zazali
3 months ago
Program kami menawarkan pembelajaran Al-Quran dengan teknik yang mudah difahami oleh semua peringkat umur. Pelajar boleh memilih mengikut kesesuaian masa dan tempat.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Pilih cara dan masa pembelajaran yang sesuai dengan jadual anda, sama ada online, di rumah, atau di pusat kami.
Kami menjadikan pembelajaran Al-Quran lebih menyeronokkan dengan pendekatan yang inovatif dan kreatif.
Guru-guru bertauliah kami memiliki pengalaman luas dalam mengajar Al-Quran kepada pelajar pelbagai peringkat umur.
Kami memastikan setiap pelajar dipadankan dengan guru yang sesuai berdasarkan keperluan dan minat mereka.
هاڽ تيڬ لڠكه موده
Masukkan lokasi anda
Pilih Qutor yang bersesuaian dengan anda
Buat tempahan kelas dan bayaran
ڤاكيج ڤمبلاجرن القرءان دان فرض عين
Kelas Mingguan yang Interaktif & Menyeronokkan untuk Anak-Anak. Kami pastikan setiap pelajaran Al-Quran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan sambil memperkukuhkan ibadah harian dan adab Islam.
Di Pusat Al-Quran Beana® Quran, kami menyediakan lebih daripada sekadar kelas mengaji. Kami menawarkan program KAFA yang membangunkan peribadi anak anda, mendidik mereka menjadi pemimpin berakhlak mulia berlandaskan nilai-nilai Al-Quran. Inilah masa depan yang anda inginkan untuk anak anda!
Kami juga menyediakan program-program khas seperti program cuti sekolah untuk anak anda, program sanad, khatam Al-Quran, kursus agama dan ceramah. Program ini dijalankan bagi mendedahkan lagi ilmu agama Islam kepada orang ramai.
ماري سرتاي كلس
Jadual Fleksible, Pada Keselesaan Anda
Pakej kelas berdasarkan jadual dan masa anda.
Guru Bertauliah, Disahkan BHQ & JAIS
Guru Beana® Quran dipilih daripada saringan temuduga yang ketat dan hanya yang terbaik dipilih.
Guru Wanita untuk Wanita
Anda berhak mengutamakan pilihan dan privasi anda.
Belajar mengaji di Persekitaran Selamat
Tidak perlu risau keselamatan anak-anak dan diri anda. Kelas adalah di bawah persekitaran anda dan terkawal.
Modul Berstruktur
Pembelajaran secara kondusif dan selesa meningkatkan tumpuan dan mempercepatkan kefahaman.
Sesuai untuk Semua
Belajar mengaji tanpa mengira peringkat umur, kami ada pakej kelas yang sesuai dengan anda dan keluarga anda.
Beana® Quran Center menyediakan ruang pembelajaran yang selesa, bersih, dan kondusif bagi memastikan setiap sesi kelas berlangsung dengan lancar. Ini juga membolehkan mereka fokus sepenuhnya dalam mempelajari Al-Quran dan ilmu agama dalam suasana yang tenang dan produktif.
ليڤوتن ميديا
تستيموني
Puan Norsham
Puan Rubaizah
Puan Cusabi

3 months ago
4 months ago
4 months ago
As a parent sangat puas hati dengan kaedah & pendekatan yang digunakan. Anak saya dapat belajar mengaji dengan baik.
5 months ago
Dah 4 tahun bersama Beans Home Quran sangan berpuas hati untuk bacaan quran anak2 saya
2 years ago
3 years ago
Kelas yg memberi saya banyak ilmu. Terima kasih Ustaz.. terima kasih Beana
3 years ago
Alhamdulillah, pengajian intermediate solat yg sangat padat pengisian ilmunya dari Ustaz BARRY serta team beliau, yg cukup jelas penerangan di atas segala persoalan dan kemusykilan. Semoga ilmu yg dipelajari dpt dipraktikkan dgn sebaiknya dlm meraih keredhaan Allah SWT, InsyaAllah.
3 years ago
Alhamdulillaj kelas Intensif Solat Beginner 6.0 ini banyak membantu saya untuk lebih memahami solat yang di lakukan dan cara untuk mendapat khusuk dalam solat. Terima kasih Ustaz.
4 years ago
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki-Nya, sy mendapat tajaan utk sertai kelas ini. Sy byk sertai kelas-kelas utk memperbaiki kualiti solat dan sejujurnya setakat ini, ini kelas yg paling terbaik bagi sy. Berikut disenaraikan kelebihan kelas ini berbanding dgn kelas yg lain:- 1) 12 sesi kelas dirangka dgn baik oleh penganjur dan ustaz. Setiap silibus dalam ilmu solat di'cover' tanpa ada satu pun tertinggal. Pendek kata, silibus yg dirangka lengkap dan padat. 2) Setiap sesi akan 'cover' cuma maksimum 3 topik besar. Ustaz mempunyai masa yg cukup utk memberi penerangan terperinci utk setiap topik. Tidak seperti kelas yg lain, kadang2 tenaga pengajar terpaksa pendekkan huraian kerana mengejar masa. 3) Setiap satu hukum yg diterangkan oleh ustaz disandarkan dgn nas dan hadis sahih. 4) Setiap penerangan atau huraian ke atas setiap topik diterangkan secara FOKUS oleh ustaz. Ustaz tidak membuang masa dgn huraian yg terlalu meleret dan jauh dari topik. Kesimpulannya, penerangan ustaz betul-betul fokus mengikut silibus yg telah dirangka. 5) Paling berharga bagi sy, setiap satu bacaan/lafaz dalam solat diterangkan maknanya satu persatu. Ilmu ini sgt membantu utk memperbaiki khusyuk dlm solat dan membantu utk kita memahami tujuan solat yg kita kerjakan. 6) Setengah jam terakhir diberikan oleh penganjur utk sesi soal jawab secara 'live' dgn ustaz. Peluang yg paling berharga utk kita dapatkan jawapan segera kpd setiap persoalan kita berkaitan dgn solat dan hukum2 agama yg lain.
سؤالن لازيم
Kelas mengaji yang diadakan secara online mengikut ketetapan pelanggan Beana® Quran pada hari dan waktu yang dipersetujui. Sesi pembelajaran adalah secara santai dan mengikut tahap pemahaman dan pembelajaran pelajar. Masa dan jadual mengaji ditentukan oleh pelanggan berdasarkan pilihan slot yang telah dibuat oleh pelanggan semasa melanggan pakej mengaji.
Faktor pelajar yang sibuk bekerja dan tidak sempat belajar Al-Quran dan Fardhu Ain untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak. Proses pembelajaran yang lebih fleksible mengikut masa dan hari yang pelajar pilih. Faktor yang kedua adalah perasaan malu untuk mengaji secara berkumpulan membuatkan orang dewasa atau remaja meninggalkan Al-Quran. Oleh sebab itu, Beana® Quran menawarkan kelas mengaji secara individu atau kumpulan kecil kepada mana-mana individu yang ingin belajar mengaji secara mudah tepat dan pantas.
Beana® Quran tidak menetapkan had umur sebaliknya terbuka untuk semua lapisan umur dari kanak-kanak seawal usia 5 tahun (bergantung kepada kebolehan untuk berbicara), remaja dan pelajar dewasa.
Teknik FITRAH merupakan teknik yang diamalkan bagi membantu proses pengajaran di Beana® Quran dan merangkumi perkara berikut:
F — Fun & Faith
I — Interaction & Independent
T — Ta’lim & Tasyji’
R — Rules & Resect
A — Affection & Attention
H — Hope & Help
Konsep pembelajaran bergantung kepada peringkat umur menggunakan teknik FITRAH berdasarkan konsep berikut:
● Mengaji sambil bermain (fun learning)
● Menekankan pembelajaran Fardu Ain secara teori dan praktikal
● Menghafal surah lazim juzuk 30
● Pelajar yang sudah berada dipertengahan pemahaman Al-Quran akan ditekankan dengan Tajweed dalam bacaan.
Modul yang ditawarkan adalah Asas membaca Al-Quran, Asas Fardu Ain atau Asas Hafazan
Masih ada soalan? Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan pengalaman kami di bahagian Soalan Lazim.
راكن كولابوراسي
Berikan anak anda pengalaman pembelajaran Islam yang menyeronokkan, berstruktur dan dipimpin oleh guru berpengalaman.